BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 10, 2011

luahan aty NAJWA LATIF

mse ak teroke2..ak tjumpe r belog ny..
so..
arap kowg taw pe yg dye ase k...


a letter to a friend,

Assalamualaikum...

Saya dah berfikir banyak kali untuk membuat artikel ini, tapi saya asyik tersentak dari melakukannya, tapi saya dah tak tahan lagi. Saya minta maaf kepada semua kawan-kawan yang super awesome kalau tak menyenangi perbuatan saya ini. Tapi, I just had enough.







Kepada semua orang yang membenci saya,

Saya tak pernah memaksa anda untuk menyukai saya apatah lagi untuk meminati saya. Jujur saya katakan, tak pernah terlintas pun dalam kepala saya akan berada dimana tahap saya berada sekarang. Ini bukan plan saya untuk menjalani hidup sebagai "artis" atau apa sahaja yang anda panggil saya, di zaman persekolahan. Jujur saya akui, tak pernah sekali pun saya berhenti bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah Dia berikan kepada hambaNya yang kerdil ini.

Namun, atas kekhilafan, kesalahan, kerana saya juga manusia biasa, saya melakukan kesalahan ketika disekolah saya, yang mana ketika semua menyanyikan lagu negeri Johor, saya diantara beribu orang yang terkhilaf dan duduk sewaktu lagu itu dinyanyikan. Ya, itu adalah kesalahan saya, saya akuinya kerana kita sepatutnya menghormati lagu negeri kita.

Tapi, apa yang saya kesal, kenapalah "mereka-mereka yang mengambil berat" mengenai saya ini, tidak pergi kepada saya dan tegur saya untuk bangun. Jangan risau, saya bukan cepat melatah sekiranya itu adalah kesalahan saya. Yang saya kesal, "mereka-mereka yang mengambil berat" ini mengupdate status di FB dengan memerli mengatakan saya artis dan lupa daratan. Menjadi persoalan disini adalah, "KENAPA DLM RAMAI-RAMAI ORANG YANG DUDUK KETIKA DI PERHIMPUNAN SEWAKTU LAGU JOHOR DIMAINKAN, SAYA JUGA YANG AWAK KUTUK? DAN KENAPA MESTI DI FACEBOOK?  "

Adakah kerana saya artis atau apa? Saya tidak pernah menganggap diri saya artis atau sebagainya. Seperti anda gelarkan diri saya, "HANYA PEREMPUAN YANG COVER LAGU ORANG DI LAMAN YOUTUBE" , adakah begitu teruk saya dimata "mereka-mereka yang mengambil berat ini"? Dan sekiranya saya salah pronounce dan sebagainya, adakah begitu berdosa sehingga perlu dikutuk segala? Cacilah, makilah saya di YouTube, tak pernah sekali pun saya bantah. Malah saya cuba untuk improve kan diri saya. Jadi, kenapa perlu diperli dan sebagainya?

Apa yang membuatkan saya lebih kesal, adalah mereka ini adalah junior saya. Yes. JUNIOR saya. Dan apa yang saya lebih kesal adalah, mereka cakap tak seperti mereka buat. Mereka kata jangan libatkan parents, tapi mereka sendiri melibatkan ibu bapa dengan berkata apa pada ibubapa mereka sehingga ibu bapa mereka turut memandang serong kepada saya.

Mereka kata mewujudkan satu komuniti FB yang dengan terangnya menyebut ;

 Dan sekarang saya bertanya, apa yang mereka buat ini, bukan psycho ke?





Dan ya, sehingga ke hari ini, yea, HARI INI, tidak pernah sekali pun saya psycho mereka dengan kata-kata apa pun yang mereka lemparkan dekat status FB saya. Benar kata orang dulu-dulu, THINK BEFORE YOU ACT. So, kalau nak buat komuniti yang bertajuk seperti diatas, you, yourself patutnya tak buat macam tu. okay?


Saya tidak kisah jika anda melabelkan saya seperti mengaibkan orang dan sebagainya, tapi sedarlah, saya mempunyai keluarga, ibu bapa, adik dan kakak yang perlu dijaga hatinya, dijaga namanya. Dan saya bukan nak besarkan keadaan, kerana saya sendiri telah berjumpa dengan mereka untuk bertanya apa masalah sebenarnya, dan mereka refused untuk menjawab nya. Maka, saya perlu buat seperti ini kerana mereka juga menggunakan jalan yang sama untuk berterus terang.

Hentikan lah segala benda yang anda buat ini sebab kak iza saya pernah kata,"mengutuk orang, menghina, mencaci dan sebagainya, tak akan membuatkan anda lebih baik atau lebih bagus dari orang itu" Lebih baiklah kita belajar bagaimana untuk mengimprovekan diri kita, untuk jadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya.

Kenalilah diri saya dulu sebelum anda membuat sebarang judgement. Jangan kerana kita pernah berselisih, dan saya terlepas untuk senyum kepada awk, awk terus melabelkan saya sebagai sombong dan sebagainya. Come to me and tell me if I did something wrong, trust me, I won't bite.

Ini juga entry peringatan kepada diri saya. Jujur saya akui, pernah terlintas untuk give up. Tetapi, melihat sokongan kalian yang berada di Facebook sebanyak 29k dan jumlah kutipan viewers hampir mencecah 2juta, saya bersemangat semula. Dan kali ini, ingin saya beritahu bahawa, saya menyanyi untuk diri saya, keluarga saya dan kesemua 29ribu kwan-kwan awesome saya, InshaAllah.

Thank you for the love and support. Sekiranya saya ada tersilap salah, maafkan saya. Tegurlah saya kerana saya sendiri manusia yang tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Dan saya percaya, di dunia akhir zaman ini, semua dibayar secara cash. Allah itu maha adil.

Wasalam.


p/s : adakah ini dilabel sebagai buli ? You judge :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...