BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 10, 2011

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT


WAV
Dahulukala,
 langit dan laut saling jatuh cinta. 
Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain.
 Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. 
Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut,
 warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, 
si laut dengan lembut sekali membisikkan
 kata-kata 
`Aku Cinta Padamu’
 ke telinga langit.
 Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya
, langit tidak
menjawab apa-apa 
 hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari,
 datanglah awan. 
Melihat kecantikan si langit,
 awan terus
jatuh hati terhadap langit,
 bak cinta pandang pertama.
 Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. 
Setiap hari,
 langit hanya mahu melihat laut sahaja.

 Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa 
mencari cara
 dan akhirnya mendapat satu akal.
 Awan mengembangkan
dirinya seluas dan 
sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut.
 Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah
 kerana tidak dapat melihat langit.
 Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan 
yang mengganggu
pandangannya. 
Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil.
 Lalu datanglah angin
 yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. 
Angin berasakan perlu membantu langit dan
 laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, 
angin meniup awan.
 Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian,
 sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit.
 Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, 
awan menangis sedih.


p/s:::Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...